Wednesday, May 13, 2009

Teruja

"Tuan-tuan dan puan-puan, Peraturan 4A, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menjelaskan bahawa pejawat awam dilarang melakukan perbuatan bersifat seksual menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut"

"Initipatinya ialah - tersinggung, terhina, terugut. Tak kisah lah sama ada perbuatan bersifat seksual ini secara lisan, bertulis, SMS dan tidak terhad di tempat kerja atau pada waktu kerja."

"Kalau teruja, macam mana?"

Seisi kelas tergelak besar.

Dan itu yang ramai bimbangkan.
Bila gangguan seksual tidak lagi dianggap gangguan.

Dan ramai juga bimbangkan.
Kes-kes melibatkan hubungan dua insan.
Yang bermula dengan 'ter'kasihan
membawa kepada 'ter'suka, 'ter'sayang, 'ter'cinta
dan 'ter'kahwin.
Lebih parah, kalau sampai terlanjur.
Dan jadi pula kes 'ter'gugur atau 'ter'buang.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin